Penafsiran Undang-undang kontrak Inggeris

Sementara Pameran Besar 1851 menggariskan kemuncak dagangan industri Empayar British, undang-undang Inggeris mewujudkan teori kebebasan berkontrak, melihat polisi laissez faire sebagai polisi yang terbaik.[103]

Sekiranya ada perjanjian - iaitu kontrak - yang wujud, ciri-ciri terma kontrak penting sekiranya satu pihak telah melanggari persetujuannya. Terma-terma suatu kontrak adalah apa yang dijanjikan. Tetapi ia terpulang kepada mahkamah-mahkamah untuk menafsir bahan bukti apa yang pihak-pihak menyatakan sebelum kontrak termeterai, dan menafsirkan terma-terma yang dipersetujui. Penafsiran kontrak mula dengan janji-janji nyata yang pihak-pihak terlibat berkata sesama mereka, tetapi dapat dijumpai dalam dokumen-dokumen atau notis-notis. Peraturan am untuk kemasukan terma-terma dalam perjanjian adalah bahawa notis wajar terma berkenaan perlu, dan lebih banyak notis diperlukan untuk terma yang membebankan. Maksud terma-terma itu kemudiannya mesti ditafsir, dan pendekatan moden adalah untuk menafsir maksud perjanjian dari perspektif seseorang wajar yang mengetahui akan kesemua konteks perjanjian berkenaan. Mahkamah-mahkamah dan juga perundangan berkemungkinan menyiratkan terma-terma dalam kontrak secara amnya untuk 'menutup jurang' sebagaimana diperlukan untuk menepati jangkaan-jangkaan munasabah pihak-pihak terlibat, atau sebagai sampingan mengikut keperluan kontrak spesifik. Undang-undang Inggeris sejak abad ke-19 berpandukan prinsip laissez faire "kebebasan berkontrak" maka dalam undang-undang am kontrak, sesiapa pun boleh menyetujui apa jua terma dan syarat yang disukai. Secara kontranya, sebilangan jenis kontrak, terutama bagi pengguna, pekerja dan penyewa dipinda untuk memastikan piawaian minima hak, yang kebanyakannya didapati dari statut, yang bertujuan mendapat kesinambungan terma-terma kontrak. Evolusi undang-undang kes dalam abad ke-20 secara amnya menunjukkan perbezaan ketara antara kontrak antara pihak-pihak komersil dan antara pihak-pihak yang kuasa rundingan mereka tidak seimbang,[104] disebabkan dalam hal transaksi antara golongan ini, kebolehan untuk memilih yang sebenar terjejas disebabkan kekurangan persaingan di pasaran. Maka, sesetengah terma tidak adil boleh dibuat tidak menjadi dibawah Akta Terma Kontrak Tidak Adil 1977 atau Peraturan-Peraturan Terma Tidak Adil dalam Kontrak Pengguna 1999 dan boleh dibuang boleh mahkamah-mahkamah dengan bantuan administratif Pejabat Perniagaan Adil.

Kemasukan terma

Janji-janji yang ditawarkan oleh seseorang kepada seseorang yang lain adalah terma-terma suatu kontrak, tetapi bukan semua yang diperihalkan sebelum penerimaan akan menjadi terma. Peraturan asas penafsiran adalah suatu representasi adalah suatu terma sekiranya ia kelihatan "seperti mahu diletakkan" dalam kontrak daripada perspektif seseorang yang wajar.[105] Ia termasuk berapa pentingnya terma berkenaan oleh pihak-pihak terlimat, tetapi juga sebagai cara melindungi pihak yang lemah, mahkamah-mahkamah menambah bahawa seseorang yang lebih mengetahui dalam transaksi berkenaan berkebarangkalian lebih untuk membuat janji, berbanding hanya representasi. Maka dalam kes Oscar Chess Ltd lwn Williams[106] Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa Encik Williams menjual sebuah kereta Morris kepada penjual kereta terpakai secara silapnya (meskipun dalam niat baik disebabkan bergantung kepada buku log palsu) dengan menyatakan bahawa ia model 1948 padahal ia sebenarnya dari tahun 1937, penjual kereta berkenaan tidak boleh kemudiannya menuntut pelanggaran kontrak kerana dia dalam kedudukan yang lebih baik untuk mengetahui keadaan sebenar. Ini penting kerana sementara satu pihak punyai hak untuk mengelak daripada perjanjian, atau membatalkan kontrak, sekiranya mereka diperdaya dengan salah nyataan untuk memasuki kontrak berkenaan dan seterusnya menuntut sebarang ganti rugi, sekiranya pernyataan adalah terma dan ia salah, mereka boleh menuntut keuntungan yang rugi. Maka terma-terma yang tidak dikotakan menyebabkan kepada ganti rugi untuk melindungi kesemua jangkaan penutut, untuk meletakkan mereka pada kedudukan seperti kontrak telah dilaksanakan.

Parker lwn South Eastern Rly Co,[107] suatu kes dari stesen kereta api Charing Cross yang memutuskan bahawa orang ramai perlu diberikan notis munasabah sebelum terma boleh dijadikan sebahagian daripada kontrak.

Apabila suatu kontrak dijadikan bertulis, terdapat anggapan asas bahawa dokumen bertulis itu akan mengandungi kesemua terma-terma dalam suatu perjanjian,[108] dan apabila seseorang menandatangani dokumen, kesemua terma yang termasuk dalam dokumen tersebut mengikat mereka[109] (kecuali sekiranya dokumen berkenaan hanyalah kertas administratif atau di bawah pembelaan non est factum[110]). Ini sangat penting dalam transaksi komersil kerana perniagaan-perniagaan mahukan kepastian dalam urusniaga mereka. Sekiranya suatu pernyataan adalah terma, dan pihak terlibat tidak menandatangani suatu dokumen, maka terma-terma boleh dimasukkan dengan rujukan kepada sumber-sumber yang lain, atau melalui perhubungan yang lampau. Peraturan asas, yang digariskan dalam kes Parker lwn South Eastern Railway Company,[111] adalah bahawa notis munasabah diperlukan sebelum seseorang boleh terikat dengan terma. Dalam kes ini, Encik Parker meninggalkan kotnya dalam bilik di stesen kereta api Charing Cross dan diberikan tiket yang belakangnya mengandungi terma bahawa sebarang liabiliti hanyalah boleh dituntut sehingga ke £10. Mahkamah Rayuan menghantar semula kes ini untuk ditentukan juri (sebagaimana wujud pada ketika itu) untuk ditentukan. Pendekatan moden adalah bahawa sekiranya suatu terma lebih membebankan, notis yang lebih terang dan jelas perlu dikemukakan. Denning LJ dalam kes J Spurling Ltd lwn Bradshaw[112] pernah berkata "Sesetengah klaus yang saya lihat di sini perlu dicetak menggunakan dakwat merah pada hadapan dokumen dengan tangan merah yang menunjukkan kepadanya sebelum notis boleh dianggap mencukupi." Dalam kes Thornton lwn Shoe Lane Parking Ltd[113] suatu tiket medan meletakkan kenderaan yang merujuk kepada notis yang terletak di dalam tempat letak kereta berkenaan dikatakan tidak mencukupi untuk mengecualikan liabiliti medan letak kereta itu untuk kecederaan peribadi pelanggan-pelanggan di premisnya. Dalam kes Interfoto Picture Library Ltd lwn Stiletto Ltd[114] Bingham LJ memutuskan bahawa notis dalam bagasi gambaran filem negatif berkenaan fi untuk pemulangan lewat negatif berkenaan (yang berlumlah sebanyak £3,783.50 untuk 47 negatif selepas hanya sebulan) adalah terma yang terlalu membebankan untuk dimasukkan tanpa notis yang jelas. Secara kontranya dalam kes O’Brien lwn MGN Ltd[115] Hale LJ memutuskan bahawa kegagalan akhbar Daily Mirror untuk menyatakan dalam kesemua suratkhabar-suratkhabar bahawa sekiranya terdapat terlalu banyak pemenang cabutan bertuah percumanya untuk £50,000 maka akan teradakan satu lagi cabutan dikata tidak terlalu membebankan pada pihak "pemenang" yang tidak berjaya sehingga tidak boleh dimasukkan sebagai terma perjanjian. Ia boleh juga menjadi bahawa sebarang perhubungan antara pihak-pihak terdahulu yang konsisten dimasukkan sebagai terma dalam perhubungan mereka pada masa hadapan. Dalam kes Hollier lwn Rambler Motors Ltd[116] Mahkamah Rayuan memutuskan bahwa Encik Hollier, yang keretanya terbakar dalam api yang diwujudkan seseorang pekerja cuai di garaj Rambler Motors, tidak terikat dengan klaus yang mengecualikan liabiliti untuk "kerosakan yang disebabkan api" pada belakang invois yang dia telah lihat semasa tiga atau empat kali hadir di tempat berkenaan dalam masa lima tahun terdahulu. Ia dikatakan tidak cukup konsisten. Tetapi dalam kes British Crane Hire Corporation Ltd lwn Ipswich Plant Hire Ltd[117] Lord Denning MR memutuskan bahawa suatu syarikat menyewa kren terikat dengan terma yang menghendaki mereka membayar ganti rugi mendapatkan semula kren berkenaan apabila ia tenggalam dalam paya, meskipun hanya pernah berhubung sebelum ini sekali sahaja. Sebab utama adalah keseimbangan kuasa rundingan antara pihak-pihak terlibat.[118]

Penafsiran

Selepas pemutusan kes ICS Ltd lwn West Browmwich BS,[119] yang melibatkan skim pampasan Financial Services Authority untuk badan-badan perkhidmatan kewangan yang muflis, terma-terma kontrak ditafsir secara objektif dan berkait konteks.

Selepas ia diputuskan secara jelas terma-terma yang termasuk dalam suatu perjanjian, pengertian mereka mesti ditentukan. Sejak pengenalan perundangan yang mengawal terma-terma tidak adil, mahkamah-mahkamah Inggeris lebih cenderung kepada prinsip bahawa perjanjian mesti ditafsir untuk memberikan kesan kepada niat pihak-pihak terlibat dari pemerihatian seseorang yang wajar. Ini adalah perubahan ketara daripada awal abad ke-20 apabila mahkamah-mahkamah mula menggunakan teori penafsiran literal yang disokong antara lainnya oleh Lord Halsbury.[120] Apabila wujudnya kebimbangan pada pertengahan abad berkenaan mengenai terma-terma tidak adil, dan terutamanya terma yang mengecualikan liabiliti, mahkamah-mahkamah memerangi ini dengan memakai doktrin contra proferentum. Kekaburan-kekaburan dalam klaus-klaus yang mengecualikan atau mengehadkan liabiliti satu pihak akan ditafsir menentang pihak berkenaan. Dalam kes utama, Canada Steamship Lines Ltd lwn R[121] tempat pemunggahan di Montreal terbakar, dan memusnahkan barangan yang dimiliki Canada Steamship Lines. Lord Morton memutuskan bahawa klaus dalam kontrak mengehadkan liabiliti satu pihak untuk "kerosakan... pada... barangan... yang... terletak di tempat berkenaan" tidak mencukupi untuk mengehadkannya pada liabiliti untuk kecuaian kerana klaus itu juga boleh ditafsir sebagai merujuk kepada liabiliti ketat di bawah satu lagi klaus kontrak. Ia ditafsir sebagai mengecualikan liabiliti jenis itu pula. Sesetengah hakim, sebagai contoh Lord Denning mahukan peraturan yang lebih ketat dengan pengenalan "pelanggaran fundamental kontrak" di mana liabiliti untuk pelanggaran kontrak serius tidak boleh dikecualikan sama sekali.[122] Manakala peraturan-peraturan yang sedia ada membantu apabila statut tidak, penafsiran-penafsiran bermusuhan ini[123] difikirkan tidak bertepatan dengan penerangannya yang asal.[124]

Selaras dengan kedudukan moden sejak perundangan terma tidak adil diwujudkan,[125] perenggan paling dipercakapkan di mahkamah-mahkamah Inggeris berkenaan penafsiran didapati dalam penghakiman Lord Hoffmann dalam kes ICS Ltd lwn West Browmwich BS.[126] yang menyatakan semula undang-undang bahawa erti sesuatu dokumen adalah apa yang dimaksudkan pada (1) seseorang wajar (2) dengan pengetahuan konteks (3) kecuali rundingan-rundingan terdahulu dan (4) maksud tidak didapati daripada kamus tetapi pengertian konteksnya tetapi (5) maksud tidak boleh bertentangan dengan akal fikiran. Objektif utama adalah sentiasa memberikan kesan kepada niat pihak-pihak terbabit.[127] Sementara kehendak (3) masih kekal sebagai undang-undang disebabkan kos litigasi yang tinggi,[128] terdapatnya pertikaian mengenai seberapa banyak bukti rundingan-rundingan terdahulu boleh dikecualikan daripada mahkamah.[129] Ia semakin jelas bahawa mahkamah-mahkamah boleh merujuk kepada bukti-bukti rundingan di mana ia boleh membantu dalam menafsirkan pengertian sesuatu perjanjian.[130] Pendekatan terhadap penafsiran seperti ini bersamaan sedikit dengan hak pihak-pihak untuk mendapatkan "pembaikpulihan" dokumen, atau meminta mahkamah tidak membaca dokumen tidak secara literal tetapi dengan kesedaran bahawa apa yang pihak-pihak dapat buktikan sebagai niat mereka.[131]

Terma-terma tersirat

Kes berkenaan terma tersirat Equitable Life Assurance Society lwn Hyman,[132] memutuskan bahawa terma-terma individu disiratkan apabila perlu untuk mencerminkan jangkaan munasabah pihak-pihak terlibat. Ia menyumbang kepada penggulungan syarikat Equitable Life yang dokumennya kini diarkibkan di Staple Inn, Holborn.

Sebahagian daripada penafsiran kontrak melibatkan mahkamah-mahkamah dan statut-statut menyiratkan terma-terma dalam perjanjian-perjanjian.[133] Secara amnya, mahkamah-mahkamah menyiratkan terma-terma apabila terma-terma tersurat perjanjian mewujudkan jurang. Disebabkan fahaman kebebasan berkontrak yang diamalkan, mahkamah-mahkamah tidak lazim membatalkan terma-terma tersurat untuk pihak-pihak terbabit.[134] Perundangan juga boleh dijadikan sumber untuk terma-terma tersirat, dan boleh dibatalkan dengan persetujuan pihak-pihak, atau mempunyai ciri-ciri wajib.[135] Bagi kontrak secara am, terma-terma individu disiratkan ("tersirat sebagai fakta") untuk mencerminkan "jangkaan munasabah pihak-pihak", dan seperti proses penafsiran, penyiratan terma dalam kontrak komersil mesti dikaitkan dalam konteks komersil.[136] Dalam kes Equitable Life Assurance Society lwn Hyman memutuskan, dalam penghakiman yang dipertikaikan, bahawa "kadar anuiti terjamin" pemegang-pemegang polisi syarikat insurans nyawa tidak boleh diperturunkan kadar bonus mereka oleh pengarah-pengarah semasa syarikat menghadapi masalah kewangan, kerana ia akan bertentangan dengan "jangkaan munasabah" pemegang-pemegang polisi berkenaan. Lord Steyn menyatakan bahawa suatu terma mesti disiratkan dalam kontrak polisi bahawa budi bicara pengarah-pengarah dibataskan kerana "ia sangat perlu... untuk memberikan kesan kepada jangkaan munasabah kesemua pihak".[137] Pembentukan secara objektif dan berkonteks ini adalah berlainan degan pembetukan subjekfif ujian penyiratan terma, yang menanya apakah pendekatan "pemerhati peramah" berkenaan apa yang "mungkin dikontrakkan pihak-pihak" sekirana mereka memakai minda mereka kepada jurang yang wujud dalam kontrak.[138] Amalan-amalan perdagangan juga boleh menjadi punca terma tersirat sekiranya ia "pasti, dikenalpasti, wajar, diiktiraf sebagai mengikat dari segi undang-undang dan konsisten dengan terma-terma tersurat".[139]

Dalam kontrak-kontrak spesifik, seperti yang untuk jualan barangan, antara tuan tanah dan penyewa, atau dalam pekerjaan, mahkamah-mahkamah menyiratkan terma-terma piawai (atau terma-terma "yang tersirat dalam undang-undang"). Terma-terma seperti ini merupakan "peraturan-peraturan tetap" yang dipakai apabila tidak dipersetujui sebaliknya. Dalam satu jenis kodifikasi, Akta Jualan Barangan 1893 menyenaraikan kesemua peruntukan-peruntukan kontrak piawai dalam kebanyakan perjanjian-perjanjian komersil yang dibentuk melalui common law. Ini telah dikemaskinikan dalam Akta Jualan Barangan 1979 dan terpakai apabila pihak-pihak dalam kontrak tidak menyetujui sebaliknya. Sebagai contoh, dibawah seksyen 12 hingga 14, sebarang kontrak untuk jualan barangan disiratkan dengan terma bahawa pejual mempunyai hak terhadap barangan tersebut, bahawa barangan tersebut menepati apa yang dikatakan dan ia adalah berkualiti baik dan boleh digunakan untuk tujuan ia dibeli. Secara serupanya seksyen 13 Akta Pembekalan Barangan dan Perkhidmatan 1982 menyatakan bahawa perkhidmatan-perkhidmatan mestilah dilakukan dengan perhatian dan kemahiran yang wajar. Di dalam common law ujian yang digunakan untuk menentukan terma tersirat seperti ini adalah terma "apa yang perlu" terhadap perlaksanaan kontrak tersebut. Ujian ini didapati dalam kes Liverpool City Council v Irwin[140] di mana Dewan Pertuanan memutuskan bahawa seorang tuan tanah punyai kewajipan terhadap penyewa-penyewa pangsapuri untuk memastikan bahawa pangsapuri tersebut diselenggarakan sewajarnya. Dalam kontrak-kontrak pekerjaan, beberapa terma-terma piawai juga disiratkan, sebelumpun statut dirujuk, sebagai contoh untuk memberikan pekerja-pekerja maklumat secukupnya untuk membuat penentuan terhadap tuntutan saraan mereka.[141] Terma terutama dalam kontrak pekerjaan adalah bahawa kedua-dua majikan dan pekerja mempunyai obligasi "saling mempercayai dan menyakini". Kesalingan percaya dan yakin ini boleh dilanggar dalam beberapa situasi, terutama dalam keadaan perlakuan majikan membolehkan seseorang pekerja menganggap dirinya sebagai dipecat secara konstruktif.[142] Dalam kes Mahmud dan Malik lwn Bank of Credit and Commerce International SA[143] Dewan Pertuanan memutuskan bahawa kewajipan ini dilanggar oleh majikan yang mengendalikan perniagaannya untuk menutup kegiatan-kegiatan yang menyalahi undang-undang. Dewan Pertuanan menggariskan bahawa terma ini sentiasa boleh dikecualikan, tetapi ini telah dipertikaikan kerana tidak seperti kontrak barangan atau perkhidmatan antara entiti-entiti komersil, perhubungan majikan dan pekerja disifatkan sebagai tidak senambung. Dalam kes Johnstone lwn Bloomsbury Health Authority[144] Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa doktor yang masih baru tidak boleh dipaksa bekerja 88 jam seminggu meskipun ia adalah terma nyata dalam kontraknya, sekiranya ini membahayakan kesihatannya. Tetapi seorang hakim menyatakan bahawa keputusan ini didapati dalam pemakaian Akta Terma Kontrak Tidak Adil 1977, seorang lagi hakim menyatakan bahawa di common law terma yang nyata tersurat boleh ditafsir berdasarkan terma-terma tersirat, dan seorang lagi puna menyatakan bahawa terma-terma tersirat boleh mengecualikan terma-terma tersurat.[145] Dalam alam pekerjaan baikpun hal ehwal pengguna, mahkamah-mahkamah Inggeris masih tidak bermuafakat mengenai sejauh manakah mereka boleh mengenepikan paradigma asas kebebasan berkontrak apabila tiada peruntukan undang-undang statut.

Terma-terma tidak adil

Pada penguhujung abad ke-20, Parlimen meluluskan campur tangan komprehensifnya yang pertama dalam doktrin kebebasan berkontrak dalam bentuk Akta Terma Kontrak Tidak Adil 1977. Perihal terma tidak adil adalah meluas dan termasuklah kontrak-kontrak di bawah Akta Kredit Pengguna 1974, Akta Hak Pekerjaan 1996 dan Akta Tuan Tanah dan Penyewa 1985. Perundangan yang berkait perlindungan pengguna juga sering dikemaskinikan oleh Kesatuan Eropah seperti dalam undang-undang Peraturan Ganti Rugi Penerbangan Kesatuan Eropah,[146] yang kemudiannya dimasukkan dalam undang-undang tempatan melalui instrumen statut yang diluluskan di bawah subseksyen 2(2) Akta Komuniti Eropah 1972 sebagai contoh dengan Peraturan Perlindungan Pengguna (Jualan Jarak Jauh) 2000. Perundangan terutama mengenai terma kontrak tidak adil yang berasal daripada Kesatuan Eropah adalah Peraturan Tidak Adil dalam Kontrak Pengguna 1999.[147] Kedua-dua Akta Terma Kontrak Tidak Adil 1977 dan Peraturan Terma Tidak Adil dalam Kontrak Pengguna 1999 mempunyai pemakaian serupa dan oleh sebab ini Suruhanjaya Pembaharuan Undang-Undang telah mencadangkan Rang Undang-Undang Terma Kontrak Tidak Adil untuk menggabungkan kedua-duanya dalam satu dokumen dan memperkasakan perlindungan terhadap perniagaan kecil-kecilan tetapi Parlimen masih belum bertindak keatasnya.[148]

"Tiada siapapun darimu yang kini akan mengingati masalah yang dihadapi kami pada masa itu - apabila saya didaftaraikan sebagai Peguambela - dengan klausa pengecualian. Mereka bersaiz kecil dan dicetak di belakang hampir kesemua tiket, permohonan dan invois. Mereka juga boleh dijumpai dalam katalog dan jadual waktu. Mereka kesemuanya diputuskan mengikat mereka yang menerimanya tanpa bantahan. Tiada siapapun yang membantah. Tiada siapapun yang membacanya atau mengetahui apa yang terkandung dalamnya. Tidak mengira betapa tidak munasabahnya ia, dia masih terikat dengannya. Kesemuanya dilakukan atas nama "kebebasan berkontrak". Tetapi kebebasan ini berat sebelah pihak besar yang punyai mesin percetakan. Tiada kebebasan bagi pihak kecil yang mengambil tiket, permohonan atau invois. Pihak besar berkata, "Suka diambil, tidak suka jangan diambil". Pihak kecil terpaksa akur dengannya. Pihak besar boleh dan sememangnya mengecualikan dirinya daripada liabiliti dengan memikirkan kepentingan dirinya tanpa mengambil berat perihal pihak kecil. Pihak besar ini terlepas daripada menanggung akibat perbuatan ini berkali-kalinya. Apabila mahkamah-mahkamah menyatakan kepada pihak besar itu "Kamu mestilah meletakkannya dalam istilah yang mudah difahami," ia tidak teragak-agak melakukannya. Ia mengetahui bahawa pihak kecil tidak akan membaca klausa pengecualian atau memahaminya. Ia adalah masa suram bagi undang-undang kontrak kita."

Akta Terma Kontrak Tidak Adil 1977 mengawal klausa-klausa yang mengecualikan atau membataskan terma-terma yang disiratkan oleh common law atau statut. Secara amnya, sekiranya klausa-klausa mengecualikan liabiliti, terutamanya berkait kecuaian, satu pihak, maka ia mesti melepasi "ujian kewajaran" dalam seksyen 11 dan Jadual 2 Akta berkenaan. Ini melihat kepada kebolehan semua pihak mendapatkan insurans, kuasa rundingan mereka, pilihan alternatif pembekalan mereka dan kejelasan terma tersebut.[149] Dalam sesetengah hal Akta ini pergi lebih jauh. Subseksyen 2(1) membuat tidak menjadi sebarang terma yang membataskan liabiliti untuk kematian atau kecederaan peribadi seseorang. Subseksyen 2(2) menyatakan bahawa sebarang klausa yang mengecualikan liabiliti terhadap kerosakan harta mesti melepasi "ujian kewajaran". Salah satu daripada kes pertama, George Mitchell Ltd lwn Finney Lock Seeds Ltd[150] melihat seorang penternak secara jayanya menuntut bahawa satu klausa yang membataskan liabiliti penjual benih kubis terhadap ganti rugi benih gantian berbanding kerugian daripada tidak mendapat untung disebabkan kegagalan tanaman, adalah tidak wajar. Penjual-penjual mempunyai kelebihan dalam mendapatkan insurans berbanding pembeli-pembeli benih itu. Di bawah seksyen 3 perniagaan-perniagaan tidak dibenarkan membataskan liabiliti mereka untuk perlanggaran kontrak sekiranya berdepan "pengguna" kecuali ia melepasi ujian kewajaran. Pengguna didefinasikan dalam seksyen 12 sebagai seseraong yang tidak membuat perhubungan berkait perniagaan berdepan dengan seseorang yang sememangnya berniaga, atau apabila mereka menggunakan kontrak berbentuk piawai.[151] Seksyen 6 Akta itu menyatakan bahawa terma-terma tersirat Akta Jualan Barangan 1979 tidak boleh dibataskan kecuali ia wajar. Sekiranya seorang pihak adalah "pengguna" maka peruntukan Akta tahun 1979 itu menjadi wajib. Dalam erti lain, suatu perniagaan tidak boleh sama sekali menjual barangan pengguna yang tidak berfungsi, meskipun pengguna menandatangani dokumen dengan pengetahuan penuh klausa pengecualian yang ada. Di bawah seksyen 13, ia dikuatkuasakan bahawa sebarang olahan terhadap klausa pengecualian yang terus terang masih menjadi klausa pengecuaian yang ditangkap Akta itu. Maka dalam kes Smith lwn Eric S Bush[152] Dewan Pertuanan memutuskan bahawa pembatasan pengecualian disebabkan kecuaian seorang juruukur tidak menjadi apabila cerobong asap tumbang dan memusnahkan atap rumah Encik Smith. Juruukur itu didapati lebih mampu mendapatkan insurans berbanding Encik Smith. Meskipun tiada kontrak antara mereka, disebabkan perenggan 1(1)(b) terpakai bagi sebarang notis yang mengecualikan kecuaian, dan klausa pengecualian juruukur itu megecualikan kewajipan berjaga-jaga yang timbul di common law, seksyen 13 "menangkap" ia apabila liabiliti akan wujud "tanpa adanya" pengecualian liabilit: maka klausa pengecualian itu tidak adil.

Pejabat Perdagangan Adil yang terletak di Fleet Street mempunyai bidang kuasa untuk membawa kes perlindungan pengguna selepas menerima pengaduan.

Lazimnya hanya sebilangan kecil kes-kes dibawa pengguna secara langsung disebabkan kerumitan litigasi, kos dan nilainya sekiranya tuntutan terlalu kecil. Untuk memastikan bahawa undang-undang perlindungan pengguna dikuatkuasakan, Pejabat Perdagangan Adil mempunyai bidang kuasa untuk mewakili pengguna-pengguna membawa kes ke mahkamah selepas menerima pengaduan. Di bawah Peraturan Terma Tidak Adil dalam Kontrak Pengguna 1999 peraturan-peraturan 10 hingga 12, Pejabat ini mempunyai bidang kuasa untuk menimbangkan pengaduan dan mendapatkan injunksi terhadap perniagaan-perniagaan yang menggunakan terma-terma tidak adil (tidak mengira di bawah undang-undang apapun). Peratuaran Terma Tidak Adil dalam Kontrak Pengguna 1999 lebih meluas berbanding Akta Terma Kontrak Tidak Adil 1977 disebabkan ia meliputi semua terma kontrak tidak adil dan bukannya terma pengecualian semata-mata, tetapi juga terbatas berbanding Akta tahun 1977 berkenaan kerana hanya terpakai pada kontrak-kontrak pengguna. Peraturan tahun 1999 mendefinasikan pengguna dalam istilah yang lebih mengkhusus, dan mengecualikan badan-badan korporat seperti syarikat[153] yang berkontrak di luar perniagaannya. Meskipun Britain mampu mengadakan perlindungan yang lebih mantap, apabila ia menafsirkan Arahan dalam undang-undang nasionalnya ia memilih untuk memberikan perlindungan minima, dan tidak melindungi daripada semua jenis kontrak. Di bawah subperaturan 6(2), mahkamah hanya boleh menimbangkan keadilan terma yang tidak merangkumi "definasi utama perihal utama kontrak" atau terma-terma yang berkaitan "harga atau remunerasi" benda yang dijual. Di luar terma-terma "asas" ini, terma boleh dikatakan tidak adil di bawah peraturan 5 sekiranya ia tidak dirundingkan secara individu, dan bertentangan dengan niat baik ia menajadikan ketidaksenambungan dalam hak dan obligasi pihak-pihak terlibat. Contoh-contoh disenaraikan dalam Jadual 2. Dalam kes DGFT lwn First National Bank plc[154] Dewan Pertuanan memutuskan bahawa disebabkan tujuan perlindungan pengguna, subperaturan 6(2) harus ditafsir secara ketat dan Lord Bingham menyatakan bahawa niat baik menyiratkan perlakuan adil, terbuka dan jujur. Maka tindakan bank megecaj kadar faedah yang lebih tinggi terhadap pelanggan-pelanggan yang mempunyai kadar faedah yang lebih rendah yang ditetapkan mahkamah di bawah pelan penyelengaraan semula hutang boleh, di bawah subperaturan 6(2), diimbangkan untuk keadilannya, tetapi di bawah peraturan 5 ini tidak mewujudkan ketidaksenambungan kerana hasilnya bank mendapat kadar faedahnya yang lazim. Ini membolehkan ruang yang lebih luas untuk Pejabat Perdagangan Adil masuk campur terhadap terma-terma kontrak tidak adil. Tetapi dalam kes OFT lwn Abbey National plc[155] Mahkamah Agung United Kingdom memutuskan bahawa sekiranya suatu terma berkait dengan harga dalam apa jua bentuk pun, ia tidak boleh melalui subperaturan 6(2) diimbangi untuk keadilannya. Kesemua bank-bank High Street termasuk Abbey National mengamalkan tabiat mengecaj fi yang lebih tinggi sekiranya pemegang akaun, secara tidak sengaja, melepasi batas overdraf dalam pengeluaran wang mereka. Mahkamah Agung membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang sepadu dengan menyatakan bahawa remunerasi bank berkenaan untuk perkhidmatan-perkhidmatan itu didapati daripada fi berkenaan, maka tiada penimbangan keadilan terma boleh dibenarkan. Keputusan ini diimbangi oleh penekanan para Hakim bahawa sebarang perubahan mestilah terus terang.[156] Meskipun begitu sama ada keputusan ini bertepatan undang-undang Kesatuan Eropah masih belum diputuskan di hadapan Mahkamah Keadilan Eropah dan ia sangsi sama ada ia diputuskan serupa di bawah Rang Undang-Undang Terma Kontrak Tidak Adil.[157]

Rujukan

WikiPedia: Undang-undang kontrak Inggeris http://online.ceb.com/calcases/C2/69C2d33.htm http://www.law-bulletin.com/z/united_nations_conve... http://www.parliament.the-stationery-office.com/pa... http://eur-lex.europa.eu/smartapi/cgi/sga_doc?smar... http://www.jus.uio.no/lm/eu.contract.principles.pa... http://www.jus.uio.no/lm/eu.contract.principles.pa... http://www.bailii.org/ew/cases/EWCA/Civ/1952/6.htm... http://www.bailii.org/ew/cases/EWCA/Civ/1952/7.htm... http://www.bailii.org/ew/cases/EWCA/Civ/1953/6.htm... http://www.bailii.org/ew/cases/EWCA/Civ/1955/3.htm...